Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pemberian kunci rumah kepada penjawat awam ini akan diserahkan secara berperingkat bermula bulan ini.

Katanya, pembangunan semula kuarters berkenaan bertujuan memberi kemudahan kepada penjawat awam terutamanya daripada kumpulan pelaksana.

“Penghuni KKKA ini membayar kadar sewa yang jauh lebih rendah berbanding pasaran manakala kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Sebagai perbandingan, penghuni kuarters di sini hanya dikenakan potongan elaun sebanyak RM377 sebulan untuk unit apartment tiga bilik berkeluasan 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) sedangkan harga sewaan pasaran sekitar Kuala Lumpur untuk unit serupa mencecah RM1,100 sebulan,” katanya dalam ucapan perasmian di dewan serbaguna KKKA Jalan Cochrane di sini.

Kompleks KKKA Jalan Cochrane ini telah dibina semula Lembaga Tabung Angkatan Tentera ( LTAT) yang mempunyai 896 unit kediaman ini menelan belanja RM220 juta itu telah siap sepenuhnya pada 27 Januari lalu.- UTUSAN ONLINE