Program yang memasuki tahun ke-13 itu diadakan bagi memberikan maklumat kepada pengamal media mengenai pelbagai lokasi pelancongan menarik di sekitar Langkawi.

Melalui penganjuran tersebut, pengamal media akan dibawa mengunjungi pelbagai lokasi pelancongan sebelum menghebahkan perkara tersebut kepada pembaca.

Antaranya mereka akan dibawa melawat Taman Buaya, Kompleks Kraf, menyaksikan pembangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi serta berpeluang menaiki kereta kabel Langkawi SkyCab.

Program tersebut yang bermula hari ini akan berakhir Selasa depan. - UTUSAN ONLINE