ABDUL MUTALIB ALIAS
ABDUL MUTALIB ALIAS

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, untuk tujuan itu, PR1MA akan mengatur 81 acara Hari Terbuka PR1MA di seluruh negara sebagai sebahagian daripada program promosi.

Katanya, setakat ini, PR1MA telah mengadakan 30 hari terbuka dan 26 hari terbuka mini di seluruh negara.

“Selain itu, PR1MA akan membuka lebih banyak galeri jualan untuk memudahkan bakal pembeli rumah meneliti produk-produk yang ditawarkan dan membantu mereka dalam urusan pembelian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebagai rekod, sehingga April tahun ini, seramai 1,426,727 rakyat Malaysia telah mendaftar dengan PR1MA dengan 166,972 daripadanya telah memohon kediaman. - UTUSAN ONLINE