Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, tentera kerajaan Syria telah mengadakan kempen serangan udara yang agresif di Ghouta Timur sejak Isnin lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 207 orang awam terbunuh.

Pemantau perang itu berkata, pengeboman yang berlaku semalam telah membunuh 58 orang awam termasuk lebih 12 orang kanak-kanak.-AFP