Ini kerana, tindak-tanduk ter­­sebut jika berterusan hanya membantutkan usaha me­rangka dan melaksanakan dasar yang komprehensif terutamanya da­lam berdepan dengan cabaran ba­haru pada tahun 2019.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George, selain peningkatan kos sara hidup secara mendadak, ketidaktentuan ekonomi global dan negara yang memberi kesan kepada nilai ringgit, kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan terus memberi cengkaman hebat kepada kehi­dupan rakyat.

“Pada masa ini, kerajaan di­sarankan untuk terus merangka dasar yang boleh memberi manfaat kepada rakyat secara terus.

“Usah bercakap tentang agen­da dan pembaharuan yang mahu dibawakan jika masih samar-samar, sebaliknya kerajaan perlu beri tumpuan lebih dalam aspek membantu bantu rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam masa sama, Jacob tu­rut meminta kerajaan menu­buhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan mewujudkan formula tepat dalam menentukan kenaikan kos sara hidup berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, tindakan menaikkan kos Ke­tidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) pada 1 Mac depan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

“Jika keputusan itu diteruskan, saya percaya pemain-pemain industri atau pun pengilang dan sektor peruncitan akan menaikkan harga barang bagi menanggung kos pengurusan se­dia ada,” ujarnya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan pula menzahirkan kebimbangan terhadap keupayaan majikan untuk terus bertahan dalam industri sekiranya kos operasi terus meningkat.

“Sekiranya perkara ini tidak ditangani kerajaan, saya percaya tahun 2019 ini akan berlaku lebih banyak isu pembuangan pekerja serta kadar pengangguran dalam kalangan graduan.

“Jika keputusan itu diteruskan, saya percaya pemain-pemain industri atau pun pengilang dan sektor peruncitan akan menaikkan harga barang bagi menanggung kos pengurusan sedia ada,” jelasnya.