Lafaz ikrar yang diketuai Ketua Pengarah MTIB, Datuk Jalaluddin Harun tersebut disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Samat Kasah.

Menurut Jalaluddin, lafaz ikrar ini merupakan salah satu usaha MTIB untuk memastikan pegawai dan kakitangannya sentiasa komited memerangi jenayah rasuah agar persepsi industri dan masyarakat terhadap lembaga ini terus berada pada tahap yang baik.

“Ikrar yang dilafazkan ini bukan sekadar retorik, sebaliknya satu janji daripada seluruh warga MTIB untuk sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan pentadbiran yang baik.

“Malahan, kami juga akan terus berusaha memerangi jenayah rasuah dalam industri perkayuan negara. Lafaz ikrar hari ini hanyalah permulaan kepada sebuah perjuangan berterusan daripada pihak kami,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi) MTIB, Norchahaya Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan dan Komersil) MTIB, Noor Laila Mohamed dan Timbalan Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, Ruslan Mat. - UTUSAN ONLINE