SHAHRIN AHMAD
SHAHRIN

Kira-kira 200 kakitangan MBSA menyertai program berkenaan sempena Sambutan Bulan Integriti yang berlangsung di Dewan Bankuet MBSA, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penganjuran program tersebut merupakan inisiatif pihaknya bagi memperkasakan integriti dalam kalangan warga kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Pelaksanaan program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman mengenai integriti dalam bidang pekerjaan serta memberikan ruang dan peluang kepada warga kerja MBSA untuk berkongsi idea dan pengalaman bersama panel yang membicarakan topik berkaitan integriti.

"Dengan pelaksanaannya, MBSA berharap dapat membudayakan integriti dalam jiwa warga kerjanya di samping komited untuk menolak dan tidak terlibat dengan aktiviti negatif seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya,” jelasnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Antara pengisian program sesi perbincangan dengan topik Transformasi PBT Ke Arah Pemerkasaan Governans, Integriti dan Antirasuah bersama dua panel jemputan iaitu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Tan Sri Ahmad Phesal Talib; Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Amir Hamzah Idris dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha sebagai moderator.

Antara yang hadir ialah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd. Saad.

Shahrin menambah, orang ramai yang ingin menyalurkan sebarang aduan kesalahan berkaitan integriti dalam kalangan warga kerja MBSA boleh berbuat demikian menerusi e-mel [email protected] atau hubungi talian 03-55105133 sambungan 1672, 1671 atau 1675. - UTUSAN ONLINE