Jumlah itu adalah yang tertinggi berbanding tiga program sama yang diadakan di Pahang iaitu Bera, Paya Besar dan Jerantut sebelum ini.

Secara keseluruhan, 1mpak akan dilaksanakan di 27 lokasi terpilih di seluruh negara yang melibatkan penyertaan sebanyak 70 pihak industri.

Mereka yang mendaftar dan berkelayakan akan dipadankan dengan keperluan pihak industri sebelum dipanggil temuduga untuk bekerja di seluruh negara.

Ahli Parlimen Kangar, Ir. Shaharuddin Ismail dalam sidang akhbarnya selepas merasmikan program itu berharap, agar 1mpak yang diterajui Mara dapat dijalankan di pusat bandar ini dengan lebih kerap.

“Ini kerana negeri ini kekurangan industri untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada para belianya.

“Justeru, saya berharap agar belia di negeri ini akan dapat memanfaatkan peluang ini dengan menceburi bidang keusahawanan dan pendidikan,” ujar beliau.

Yang turut hadir Pengarah Bahagian Latihan dan Kemahiran Mara, Mahzan Teh dan Pengarah Mara negeri, Lukman Hakim Hasan. - UTUSAN ONLINE

Sharilfuddin Saari