Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ini membuktikan  bahawa  sistem dan taraf pendidikan tinggi awam serta swasta di negara  ini  setanding malah lebih baik   berbanding dengan institusi-institusi di sebilangan negara yang   dibanggakan sebelum ini.


Menurut Idris, perkembangan itu  memberikan manfaat yang besar kepada ekonomi negara yang turut muncul  sebagai hab industri pendidikan setanding dengan negara maju.  


“Selain itu, kedudukan geografi  strategik dan keselamatan yang terjamin berjaya membentuk kepercayaan pelajar luar. Pada masa ini terdapat kira-kira 170,000 pelajar  asing  sedang belajar di institusi pendidikan tinggi di negara ini,” ujar beliau.


Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Malam Serumpun [email protected] di Kampung Kubang Depu dekat sini malam tadi yang turut dihadiri  oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan  Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad.


Seramai 134 pelajar daripada 37 buah negara yang sedang  belajar di 17 institusi pendidikan tinggi  negara ini menyertai program tiga hari dua malam tinggal bersama dengan keluarga angkat  bagi menyelami kehidupan seharian.


Idris  juga berharap pelajar asing yang menyertai  program bersama penduduk  itu  agar dapat mengambil peluang untuk memahami  dan mendekati  budaya masyarakat  negara ini di samping mengasah bakat kepemimpinan mereka.-UTUSAN ONLINE