Daripada jumlah tersebut, 11 adalah bayi lelaki manakala selebihnya bayi perempuan yang dilahirkan tanpa sebarang masalah melalui kaedah normal dan juga pembedahan.

Lebih bertuah, kesemua bayi tersebut ditemani ibu bapa masing-masing menerima kunjungan istimewa Ketua Menteri, Adly Zahari bersama isterinya, Dalilah Awaludin serta Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd. Akin.

Pada majlis sama, Adly dan isteri turut menyampaikan cenderahati berupa Love Malaysia Baby Box sumbangan Pertubuhan Love kepada semua bayi tersebut serta bayi-bayi Merdeka yang lahir di Hospital Melaka sepanjang hari ini. - UTUSAN ONLINE