Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

20.6 juta rakyat guna internet

KUALA LUMPUR 1 Mac – Jumlah penguna internet di negara ini mencecah sebanyak 20.6 juta orang pada tahun lalu dengan pengguna aktif sebanyak 16 juta orang.

Jailani Johari

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, melalui jumlah tersebut dapat dilihat generasi hari ini dilambak dengan informasi dan hiburan di hujung jari.

Katanya, perkara tersebut juga membuktikan masyarakat hari ini lebih cende­rung menggunakan laman sosial untuk menyebarkan propaganda seperti kumpulan pengganas Daesh dan juga pedofilia.

“Purata penggunaan internet melalui komputer sebanyak empat jam 38 minit sehari dan penggunaan internet melalui telefon pula 3 jam 37 minit sehari.

“Ini menjadikan media sosial sangat berkesan untuk merekrut ahli-ahli baharu,” katanya selepas berucap me­rasmikan program Bual Bicara Isu-isu Semasa Zon Tengah 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof. Dr. Ekhwan Toriman dan Pengerusi Pusat Penyelidikan Impak Media dan Industri Kreatif Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof. Madya Dr. Mohd. Yusof Abdullah.

Dalam majlis berkenaan beliau turut melancarkan Jurnal Komunikasi melalui sistem atas talian.

Jailani berkata, sehingga Disem­ber lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya menyekat 32 laman dan 72 pautan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang terlibat dalam menyebaran ideologi Daesh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain