Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

20,273 duduki UPSR di Terengganu esok

AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN
AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN

KUALA TERENGGANU 10 Sept.- Seramai 20,273 calon di negeri ini akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula esok.

Kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurang 10 peratus daripada mereka

akan memperoleh 6A berdasarkan forrmat baharu ujian itu yang bermula tahun lalu di samping pencapaian keseluruhan yang lebih baik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, beliau bersama barisan kepemimpinan negeri bersama rakyat mendoakan kejayaan mereka.

Ahmad Razif percaya, segala tunjuk ajar guru dan sokongan ibu bapa akan menjadi suntikan semangat buat para calon sepanjang tempoh ujian berlangsung.

“Harapan kami agar anak-anak dapat terus menelaah dan mengulangkaji di samping menjaga kesihatan. Setiap selesai solat, berdoalah kepada Yang Maha Esa, pohon pertolongan agar dipermudahkan,” ujarnya.

Ahmad Razif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa, pejabat pendidikan daerah dan negeri serta pelbagai agensi kerajaan dan swasta di atas pengorbanan dan sokongan mereka dalam mendidik anak-anak sekali gus mencipta kecemerlangan.

Beliau mahu usaha murni itu diteruskan selaras untuk memastikan Prinsip ke-8 dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dan Memperkasakan Transformasi Pendidikan (MTP) dapat direalisasikan.

“Bagi pihak kerajaan yang sentiasa bergerak ke hadapan dalam pencapaian pendidikan negeri, kita sentiasa menyediakan sebaik mungkin bantuan dan kemudahan yang termampu.

“Bukan sekadar cemerlang dalam UPSR, bahkan berterusan hingga ke menara gading,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain