Beliau tiba kira-kira pukul 10.20 pagi yang diiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri merangkap Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan.

Perdana Menteri kemudiannya diarak masuk sebagai Pahlawan Melayu bersama lapan hulubalang serta pembawa pulut semangat.

Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Majlis dimulakan dengan alunan asma al husna daripada para hadirin diikuti bacaan doa serta nyanyian lagu negaraku. -UTUSAN ONLINE