Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, ini kerana beberapa kawasan perkuburan di bandar raya ini sudah penuh.

“Tanah perkuburan di bandar ini khususnya di Mahmoodiah dan Kebun Teh sudah penuh manakala tanah perkuburan lain sudah semakin padat.

“Sehubungan itu, kita sedang melihat dua kawasan berkeluasan lebih 20 hektar untuk dibangunkan sebagai tanah perkuburan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program gotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE