Gempa bumi cetek dan sederhana kuat dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berlaku di perairan kira-kira 40 kilometer dari Sumba, sebuah pulau dihuni kira-kira 750,000 orang.

Ia diikuti satu lagi gempa bumi lebih kuat 15 minit kemudian dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter di lokasi serupa pada kedalaman 30 kilometer. - AFP