Kanak-kanak berkenaan, Nur Fatihah Najwa Seman, 12, dan Siti Nur Insyirah, 9, ditemui malam ini oleh orang ramai yang kemudian menghantar dua beradik itu ke balai polis.

Ibu mereka, Nazimah Abdullah, 33, berkata dia mengetahui anak ketiga dan keempat dijumpai pada jam 7.30 malam selepas menghubungi suaminya, Seman Omar, 37.

“Suami memaklumkan sudah menemui mereka. Dia juga memberitahu sudah mengambil dua anak kami dan mereka ditemui selamat.

"Saya tidak dapat tidur kerana risaukan mereka. Saya rasa lega kerana mereka sampai ke kampung bapanya di Golok,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, dua beradik itu hilang dari rumah mereka di Kampung Machang Limbat, Pasir Tumboh, di sini, selepas untuk mencari ayah mereka yang berada di Golok, Thailand.

Mereka, Nur Fatihah Najwa Seman, 12, dan Siti Nur Insyirah, 9, hilang selepas keluar dari rumah mereka pada pukul 4 petang Ahad lalu.- UTUSAN ONLINE