Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, JKM bagaimanapun perlu mendapatkan perintah mahkamah bagi tujuan tersebut.

Katanya, permohonan tersebut akan dibuat setelah siasatan berkenaan kejadian itu diselesaikan polis dan hospital.

"Dua adik kepada mangsa kini dalam pengawasan polis dan hospital di mana mereka masih diperlukan bagi membantu siasatan kerana kedua-duanya disyaki turut didera.

"JKM sedang menunggu polis dan hospital melengkapkan siasatan mereka sebelum memohon perintah mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Penyampaian sSumbangan Bantuan Persekolahan oleh agensi kebajikan, Rainbow of Life Forces (ROLF) di Rumah Kebajikan Shan De Johor Bahru, di sini hari ini.

Dua adik kepada mangsa dera yang berusia 4 dan 1 tahun itu disyaki turut didera dan kini ditempatkan di wad khas kanak-kanak, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini. - UTUSAN ONLINE