Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sul­tan Ahmad Shah yang juga Canselor UMP dijadual ber­angkat mengurnia­kan ijazah dan anu­gerah kecemerlangan kepada gra­duan sidang pertama.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, sebanyak 63 penerima merupakan graduan kedoktoran, 172 orang (sarjana), 221 orang (sarjana eksekutif), 1,713 orang (sarjana muda), 40 orang (dwi­ijazah), 52 orang (ijazah sarjana muda eksekutif), 270 orang (diploma) dan 242 graduan diploma eksekutif membabitkan sembilan fakulti serta dua pusat pengajian.

“UMP berbesar hati me­ng­a­nugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan (Elektronik) kepada bekas Pengarah Urusan Motorola Solutions Sdn. Bhd., Dr. Hari Narayanan P. Ondiveeran sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap ketokohan, kewibawaan serta kepemimpinan beliau.

“Kami amat menghargai manfaat besar hasil perkongsian pe­ngalaman profesional dan sumbangan idea beliau sebagai Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan peranannya ­me­n­­­jayakan [email protected]­kulti Program kelolaan Kementerian Pen­didikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Daing Nasir, Ha­ri Narayanan sentiasa menyokong inisiatif wakaf dan endowmen pendidikan di UMP melalui landasan MyGift dan kesungguhan dalam mening­katkan literasi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pelajar sekolah.