Program larian sejauh lima kilometer itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri tepat pukul 7.30 pagi.

Sebanyak RM70,000 yuran penyertaan dan tajaan telah berjaya dikumpulkan dan akan diserahkan IJN bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan ahli keluarga pesakit yang mendapat rawatan di sana.

Sementara itu, Pengarah Program Chai Duwei berkata, program yang dianjurkan julung kali ini turut mendapat kerjasama Persatuan Alumi Perdana Fellow bersama Rakan IJN.

Katanya, larian tersebut turut mendapat tajaan daripada beberapa organisasi korporat termasuk Yayasan OSK, Kumpualan Wang Persaraan (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) .

“Pagi ini kita dapat kumpulkan seramai 2,500 orang peserta dari seluruh negara untuk memeriahkan larian amal.

“Dengan berkonsepkan larian amal bersama keluarga, ianya dapat sambutan yang sangat menggalakan dan berhasrat akan menjadikan ia sebagai acara tahunan” katanya. - UTUSAN ONLINE