Eksekutif Pemasaran Utusan Malaysia cawangan Perak, Ismail Mohamed Amin berkata, pihaknya telah mengedarkan sebanyak 800 naskhah akhbar Mingguan Malaysia di sekitar kawasan Padang Polo, Taman Dr. Seenivasagam dan semua restoran terkemuka di bandar raya ini, semalam.

Menurut beliau, bagi hari ini, pihaknya telah mengedarkan sebanyak 700 naskhah Utusan Malaysia di pekarangan Stadium Indera Mulia yang juga lokasi berlangsungnya beberapa acara Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

“Sehingga kini, maklum balas yang diterima daripada pembaca amat baik dan mereka amat menyukai wajah baharu akhbar ini.

“Kata mereka wajah baharu Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia lebih segar malah saiznya yang kini bersaiz kompak memudahkan pembaca untuk membaca akhbar itu di mana sahaja,” katanya di sini, hari ini.

Ismail berkata, esok dan lusa, pihaknya akan mengedarkan sebanyak 500 naskhah Utusan Malaysia setiap hari di kawasan tumpuan pengunjung di sekitar bandar raya ini.