Keadaan itu sekali gus menyaksikan lebuh raya terbabit akan dibanjiri sehingga 2.2 juta kenderaan berbanding 1.5 juta pada hari biasa.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pertambahan itu antara lain disebabkan oleh pemberian diskaun sebanyak 50 peratus seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

Pada masa sama, Azman turut menasihatkan pengguna lebuh raya itu supaya mengatur jadual perjalanan 'balik kampung' mereka dan mendapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan tersebut.

"Sehubungan itu, kita menggesa pengguna merancang jadual perjalanan masing-masing dan keluar awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Program Penyerahan Nasi Beriani dan Bubur Lambuk kepada kakitangan dan pengguna Jambatan Pulau Pinang, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE