Pelepasan peserta bagi program tahunan anjuran OCBC Bank (Malaysia) Berhad itu disempurnakan oleh Pengarah Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Khairul Anuar Mhd. Juri.

Berbasikal OCBC
AKSI para peserta pada OCBC Cycle Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Aktiviti berbasikal yang bermula pada pukul 7 pagi itu mempertandingkan lima kategori seperti Road Bike, Mountain Bike dan Fat Bike terbuka lelaki dan wanita dengan hadiah keseluruhan ditawarkan berjumlah RM40,000.

AKSI para peserta pada OCBC Cycle Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka, hari ini.
AKSI para peserta pada OCBC Cycle Kuala Lumpur 2018 di Dataran Merdeka, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

Program kayuhan yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat selain mengurangkan pelepasan karbon dalam bandar itu turut menarik peserta luar negara antaranya Indonesia, Hong Kong, Perancis dan Jerman.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank, Datuk Ong Eng Bin dan Pengerusi Jawatankuasa OCBC Berbasikal KL 2018, Datuk Naim Mohamad. - UTUSAN ONLINE