Solat sunat itu diimamkan Imam Besar Masjid Al-Azim, Datuk Mohammad Hashim yang turut membacakan khutbah sesudah selesai solat berkenaan.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Adly Zahari dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Omar Jaafar.

Terdahulu, dalam khutbah yang dibacakan, umat Islam diseru mengingat kembali pengorbanan dilalui para nabi dan rasul dan terus menegakkan syiar Islam. - UTUSAN ONLINE