MyCAR
 

Ketua Pegawai Operasi Platform Apps Sdn. Bhd., Mohd. Noah berkata, kesemua pemandu tersebut telah didaftarkan sejak tiga hari lalu selepas MyCar membuka pendaftaran melalui pendaftar-pendaftar pemandu yang dilantik di seluruh negara.

"Berikutan itu, MyCar akan membuka kaunter pendaftaran setiap hari di Ibu pejabat MyCar di Setia Alam, Shah Alam mulai hari ini bagi memudahkan pemandu membuat pendaftaran selepas waktu pejabat sehingga jam 11 malam.

"Bukan itu saja, mereka yang menetap jauh boleh mendaftar dengan menghubungi pendaftar MyCar di laman rasmi Facebook MyCar di www.facebook.com/mycar.net.my," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mohd Noah berkata, MyCar juga bersedia menerima lebih banyak tempahan daripada pengguna di seluruh negara dan ia jelas terbukti apabila MyCar menjadi pilihan utama bagi pemandu Uber untuk berhijrah dari syarikat gergasi, GrabCar. - UTUSAN ONLINE