Pengarah Karnival, Mohammad Nasuha Deraman berkata, sepanjang tiga hari karnival itu berlangsung, pelbagai pameran, jualan serta aktiviti menarik disediakan.

"Sepanjang tiga hari ini, kita telah mengatur aktiviti seperti sukan rakyat, petunjukan silap mata, pertandingan dekorasi kek, ceramah agama, tanyalah ustazah dan banyak lagi.

"Selain itu, kita juga turut mengadakan seminar skor A untuk pelajar serta pemeriksaan kesihatan dan derma darah," katanya selepas Majlis Perasmian Karnival Gempak Kolej Uniti Kota Bharu 2017 di sini hari ini.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Zahari Kechik. - UTUSAN ONLINE