1MDB dalam kenyataan memberitahu, pembayaran itu dibuat berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 dalam Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

1MDB menjelaskan, baki kepada tanggungjawab pembayaran itu yang sepatutnya dilunaskan pada 31 Julai lalu kini diberi tarikh baharu ia­itu 31 Ogos ini dan kesemua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi kerajaan yang berterusan.

“1MDB hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos 2017 pada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC, syarikat telah membayar AS$360 juta (RM1.545 bilion) setakat ini,” kata syarikat itu.