Operasi bersepadu bermula pada pukul 9.30 pagi itu diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Azman Adam, dengan kekuatan seramai 20 anggota turut melibatkan pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Metrologi Malaysia (MCM).

Dalam operasi itu, pemeriksaan dilakukan terhadap barang-barang keperluan harian terutamanya minyak masak paket 1 kilogram, selain pematuhan tanda harga serta penggunaan alat timbang yang sah.

Hasil pemeriksaan di 193 premis di Pasar Awam Sekinchan itu, didapati kesemua peniaga mempamerkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual dan alat timbangan yang digunakan juga masih di dalam tempoh disahkan.

Begitu juga hasil pemantauan terhadap bekalan minyak masak dan tepung gandum yang mendapati bekalan adalah mencukupi dan tiada kesalahan dilakukan peniaga di premis yang diperiksa. - UTUSAN ONLINE