Menurut Pengarah Kesihatan Awam Kanada, Mylene Drouin, seramai 12 orang maut di wilayah timur bandar raya ini.

Akhbar The Tribune pula melaporkan, sebanyak lima daripada kematian itu berlaku dalam tempoh 48 jam lalu di sebuah kawasan luar bandar yang terletak di timur Quebec.

Lewat semalam, dua lagi kematian dilaporkan kerana cuaca panas melampau direkodkan di pinggir bandar ini, lapor Radio Canada. – AFP