Menurut jurucakap HRPZ II, bayi pertama selaamt dilahirkan ibu bernama Aini Fazira Adanan, 35, pada pukul 12.07 tengah malam.

“Dalam tempoh bermula pukul 12 tengah malam sehingga 12.30 tengah malam, seramai 12 bayi ‘Merdeka’ selamat dilahirkan.

“Sementara itu, bermula pukul 12.30 tengah malam sehingga 7 pagi, tujuh lagi bayi dilahirkan menjadikan jumlah keseluruhan 19 orang,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, sempena Hari Kebangsaan 2018, HRPZ II turut mengadakan sambutan di pekarangan wad bagi meraikan bayi yang baru dilahirkan.

“Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah HRPZ II, Datin Dr. Selasawati Ghazali,” katanya. - UTUSAN ONLINE