S. Subramaniam
S. Subramaniam

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, bagi fasa pertama, sebanyak 2,000 pesakit kronik Hepatitis C yang dikenal pasti daripada hampir 23,000 pesakit yang telah berdaftar, menerima rawatan itu yang menggunakan ubat diimport dari Mesir.

"Meskipun bermula dengan jumlah yang agak kecil namun Kementerian Kesihatan komited untuk memastikan rakyat mendapat akses kepada rawatan yang berkesan," katanya selepas mengadakan lawatan ke Wad Hepatologi di Hospital Selayang, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. - UTUSAN ONLINE