Mendahului senarai penerima SSAP ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA negeri, Datuk Hoh Khai Mun yang menerima darjah kebesaran Sri Sultan, diikuti Timbalan Pengerusi Sri Inderajaya Holdings Sdn. Bhd., Datuk Roushan Arumugam, Pengerusi ABM Fujiya Berhad, Datuk Tay Ah Ching @ Tay Chin Kin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Norazman Ayob, Pengarah Urusan Kumpulan 1st Mais Group Of Companies, Datuk Lee Pei Nam dan Pengarah One One Eight Nine Enterprise Sdn Bhd, Datuk Lim Eng Wah.

Turut menerima SSAP adalah, Pengarah Kian Son Motor Sdn. Bhd., Datuk Tan Ah Chong, Pengarah Urusan CY Intertrade Sdn. Bhd., Ho Leng Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Q’Son Group, Dr. Chua Chwee Lee, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Berli Jucker Public Company Limited, Aswin Techajareonvikul, Pengarah Urusan Majestic Elite Group Of Advisory Sdn. Bhd., Yap Kim Fah dan Pengarah Syarikat Sunrise Sdn. Bhd., Pua Soo Siang.

Penerima DSAP ialah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Datuk Mohd. Zahari Md. Isa, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Ir. Jamil Shaari, Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya (JKR), Rozita Yahya dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd. Hasnan Abdullah.

Bagi penerima DIMP pula, antara penerimanya adalah Mantan Pengurus Kawasan CIMB Pahang, Tengku Jamil Iklil Tengku Hussin, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Ajis Sitin, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Deputi Komisioner Hashim Ali, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia, Syed Anuar Syed Mohamad dan Duta Besar Malaysia ke Hungary, Cheong Loon Lai.

Selain itu, seramai lima individu menerima pingat Setia Ahmad Shah (SAP), 13 penerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 10 penerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 29 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 22 penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 13 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 35 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). - UTUSAN ONLINE