Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi Dan Transformasi negeri, A. Latiff Awang berkata, projek perintis dengan pendekatan baharu itu kini melibatkan 17 sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan negeri dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri, Top IT melalui laman sesawang khas.

Kelas maya yang dijalankan sebelum ini hanya menumpukan pembelajaran maya secara statik di dalam kelas dibantu peralatan mengajar, guru dan komputer.

i-Kelas pula lebih menumpukan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan kemajuan ICT, tidak bergantung kepada kesediaan internet di sekolah, proses pembelajaran secara multimedia iaitu teks, video, gambar dan audio," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Menurut A. Latiff, keberkesanan program i-Kelas turut dapat dibuktikan dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kemaman yang menjuarai Pertandingan Digital Story Telling di peringkat kebangsaan.

A. Latiff menjelaskan, peralatan yang diguna pakai bagi mengendalikan i-Kelas, termasuk projektor interaktif, komputer guru, tablet murid, akses wifi dan bahan pembelajaran digital.

Penggunaan i-Kelas akan melahirkan modal insan mempunyai kemahiran kolaboratif, komunikasi, pembinaan ilmu penggunaan ICT terkini, inovasi, menyelesai masalah dan tapis kendiri," katanya. - UTUSAN ONLINE