Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kesemua 17 bekas kakitangan Utusan Melayu itu merupakan antara 25 individu yang diraikan dalam majlis penyampaian faedah SIP melibatkan pembayaran berjumlah RM66,040.01.

Jelas beliau, mengikut rekod seramai 705 bekas pekerja Utusan Melayu telah pun mendaftar SIP dengan pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.

“Majlis penyerahan ini juga diadakan bagi menimbulkan kesedaran kepada setiap pekerja yang kehilangan pekerjaan supaya tampil membuat permohonan bantuan SIP.

“Mereka boleh melakukannya secara dalam talian menerusi laman web Perkeso atau hadir sendiri ke mana-mana 54 pejabat Perkeso seluruh negara. Tuntutan bantuan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh hilang pekerjaan,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Penyampaian Faedah SIP dan Mini Job Hunt Perkeso di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Turut hadir, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah. - UTUSAN ONLINE