Johan qari dan qariah Terengganu tahun lalu, Mohd. Zaky Ismail dan Nor Hidayah Abd. Rahman akan turut serta dalam tilawah kali ini.

Sempena tilawah itu, majlis menghafaz al-Quran turut dilangsungkan pagi tadi yang disertai seramai 26 huffaz.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian tilawah itu kira-kira pukul 8.45 malam ini.

Baginda Sultan Mizan juga berkenan berangkat bagi menyempurnakan majlis penutup tilawah tersebut Khamis ini.

Yang dijangka hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar serta para pembesar dan kenamaan negeri Terengganu. - UTUSAN ONLINE