ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, insentif tersebut akan dibayar oleh Lembaga Getah Malaysia melalui bantuan Pihak Berkuasa Kemajuan Pe­kebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). 


“Semua pekebun kecil itu bukan dibawah tanggungjawab RISDA tetapi oleh kerana kesemua mereka terdiri daripada yang tidak berdaftar dengan LGM maka sukar pihak LGM untuk membuat pembayaran.


“Sehubungan itu RISDA sedia membantu LGM untuk mendapatkan senarai nama dan maklumat semua pekebun tersebut bagi memudahkan pembayaran dijelaskan untuk tempoh November, Disember dan Januari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Amanat Tahun Baharu 2018 di kementeriannya di sini hari ini. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa seramai 158,575 pekebun kecil dan penoreh getah yang belum memohon BMT sebanyak RM200 untuk tiga bulan masih layak membuat permohonan. -UTUSAN ONLINE.