Seminar selama tiga jam anjuran Kolej Kemahiran Johor dan Rumah Ngaji 1Malaysia itu dibimbing oleh Pengasas dan Pakar Pelatih Cordoba, Ambya Abu Fathin.

Penyelaras seminar itu, Shalita Abd. Razak berkata, seminar tersebut menggalakkan umat Islam membaca, menghafal dan menghayati kitab suci tersebut.

Katanya, mereka yang ingin menyertai program seumpama itu boleh menghubungi Roziah Kamal menerusi talian 019-7718300. - UTUSAN ONLINE