Seramai 150 peserta yang terdiri daripada murid sekolah, mahasiswa, pensyarah, pentadbir dan kakitangan UMP kemudian memulakan bacaan al-Quran dengan dibahagikan kepada 30 halaqah.

Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan UMP, Dr. Mahyuddin Ismail berkata, setiap halaqah yang diwakili lima peserta membaca satu juzuk.

“UMP menjadi tuan rumah pada program kali ini dan sambutan yang diberikan terutama untuk mengimarahkan penghujung Ramadan amat menggalakkan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE