Program yang julung kali diadakan kelab itu akan memulakan kayuhan dari Pos Kawalan Imigresen Wang Kelian di sini, sehingga ke Krabi, selama tiga hari bermula esok.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli bagi melancarkan program itu di Kampung Baru Panggas pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi KEMM, Mohd. Zaki Amiruddin yang juga jurugambar Utusan Malaysia berkata, program tersebut membuktikan bahawa pengamal media juga mampu melakukan aktiviti mencabar.

"Kelab ini baru ditubuhkan tiga bulan lalu dan pertama kali menganjurkan program dan syukurlah kerana ia berjaya mendapat sambutan.

"Dalam program ini, kita jangka berhenti rehat di beberapa kawasan seperti Satun dan Trang sambil beramah mesra dengan penduduk kampung seterusnya menghulurkan sumbangan berupa wang tunai," katanya ketika ditemui. - UTUSAN ONLINE