Kira-kira 5,000 peserta daripada 75 kontinjen yang mewakili pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, pasukan keselamatan, universiti serta parti politik terlibat dalam perarakan itu.


Hadir memeriahkan acara itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.


Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.


Sambutan yang merupakan kali kedua diadakan di sebelah malam itu turut menampilkan keunikan tersendiri dengan kehadiran dua ekor gajah yang dibawa khas dari Kuala Gandah, Pahang. - UTUSAN ONLINE