Menurut pemerintah Jiangsu, seramai tiga pegawai kesihatan daerah di wilayah berkenaan telah diberhentikan ekoran kejadian tersebut telah menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Lapor CCTV, ibu bapa yang ditemui berkata, sekumpulan kanak-kanak berikan vaksin polio yang tamat tempoh pada November lalu di pusat kesihatan kerajaan.

Ada ibu bapa memberitahu CCTV, terdapat dalam kalangan kanak-kanak tersebut yang mengalami muntah dan mengantuk namun tidak dapat dipastikan sama itu adalah reaksi alergi biasa terhadap ubat berkenaan.

Berdasarkan sumber kerajaan, sebanyak 145 kanak-kanak menerima vaksin antara 11 Disember hingga 7 Januari lalu. -AFP