Bagi petugas media Utusan Malaysia, Nor Aziah Jaafar berkata, tahun ini lebih ramai wartawan wanita berpeluang untuk membuat liputan.

“Membuat liputan haji merupakan tugasan luar negara paling bermakna sepanjang karier sebagai seorang wartawan.

“Terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji dan majikan, Utusan Melayu (M) Berhad kerana memberi kepercayaan ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE