Jurucakap polis, Dierk Duerbook memberitahu akhbar Bild, tidak ada mangsa yang terbunuh dalam serangan itu dengan kawasan berhampiran sebuah perhentian bas di kawasan perumahan Luebeck ditutup.

“Seorang daripada mangsa baru memberikan tempat duduknya kepada seorang wanita warga emas sebelum penyerang menikam lelaki itu pada bahagian dada,” lapor akhbar Luebecker Nachrichten yang memetik seorang saksi sebagai berkata. - REUTERS