Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Seri Md. Yunos Husin berkata, calon paling ramai terdiri daripada pelajar Sekolah Kementerian Pendidikan termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Berasrama Penuh dengan jumlah keseluruhan 12,502 calon.

Menurutnya, 726 calon pula terdiri daripada pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 31 calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 189 calon sekolah swasta serta selebihnya 1,016 calon persendirian.

“Bagaimanapun, jumlah calon yang menduduki SPM di negeri ini menurun sebanyak 302 orang berbanding 14,766 calon pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan hari pertama SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah, Bachang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari dan Guru Besar SMK Tun Tuah, Abd. Malek Kassim. - UTUSAN ONLINE