Menurutnya, kad sihat tersebut sudah boleh mula dipohon dan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadkan kepada seramai 250 penerima sama ada kategori keluarga mahu pun individu.

Beliau berkata, bagi keluarga, setiap kad bernilai RM500 setahun manakala individu, RM200 melibatkan penggunaan sehingga 50 ringgit bagi setiap sesi rawatan di klinik-klinik panel.

"Pemohon boleh memuat turun borang Kad Sihat Johor di www.sihatjohor.com.my dan isi borang sebelum diserahkan kepada pejabat DUN atau penyelaras DUN untuk diproses," katanya kepada pemberita di sini sebentar tadi.

Tambahnya, terdapat sebanyak 248 kinik panel terpilih di negeri ini untuk pemegang Kad Sihat Johor kunjungi.

Beliau berkata, bagi pemegang kad sihat tahun lalu, perlu memohon semula bagi mendapatkan Kad Sihat Johor yang terbaharu.

"Bagi tahun 2019, penerima e-kasih kena mohon balik, sebab sesetengah penerima yang lepas ada yang tidak ambil kad dan kita tidak dapat nak kemas kini, jadi, semua perlu memohon semula," katanya. - UTUSAN ONLINE