Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

139 petugas Tabung Haji berlepas ke Tanah Suci

TH PEKERJA
SERAMAI 139 petugas Tabung Haji berlepas ke Mekah dalam siri kedua penerbangan pelepasan petugas berkenaan bagi musim haji hari ini.-GAMBAR HIASAN/UTUSAN

KUALA LUMPUR 17 Julai - Seramai 139 petugas Tabung Haji berlepas ke Mekah dalam siri kedua penerbangan pelepasan petugas berkenaan bagi musim haji hari ini.

Pengurus Besar Kanan (Haji) Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, individu terlibat terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan serta media yang bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan jemaah haji di sana. 


“Pada musim haji tahun ini, Tabung Haji menghantar seramai 660 petugas yang terdiri daripada 275 kakitangan perubatan, 385 kebajikan serta 16 media. 


“Kesemua petugas ini akan dihantar secara berperingkat menerusi tiga siri penerbangan awal serta penerbangan jemaah haji sepanjang musim haji kali ini.

“Selain itu, Tabung Haji juga akan mengurus seramai 30, 200 jemaah haji dan kita telah memastikan kesemua 14 bangunan penempatan jemaah haji (maktab) iaitu 12 maktab jemaah haji Muassasah serta dua maktab jemaah haji pakej dan swasta dalam keadaan baik,” katanya di sini hari ini. 


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelepasan Petugas Haji Penerbangan Awal Kumpulan Kedua di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini, hari ini. 


Kumpulan petugas berkenaan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan penerbangan dijangka berlepas pada pukul 3 petang ini. UTUSAN ONLINE 





Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain