Bantuan itu disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohamad Khusyairi Abdul Aziz yang mana beliau menyatakan kesemua calon yang menerima bantuan tersebut adalah terdiri daripada keluarga miskin dan kurang kemampuan di kawasan luar bandar dalam Parlimen berkenaan.

“Kita berpegang kepada prinsip bahawa setiap individu mempunyai potensi tersendiri dan mampu berjaya dalam semua dalam semua bidang tidak kira apa latar belakang keluarga mereka. 

“Namun, untuk mencapai kejayaan itu, kunci yang paling ialah ilmu pengetahuan,” katanya kepada Utusan Malaysia semasa majlis penyerahan bantuan tuisyen percuma itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, di sini hari ini. 

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik SMK Kota Kemuning, Mohd. Sidek Yasin dan Exco Majlis Datuk Persekutuan, Datuk Abdul Razak Dawood.

Mengulas lanjut mengenai bantuan itu, Mohamad Khusyairi menyatakan dana tuisyen itu disalurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk diagihkan kepada para pelajar sekolah di luar bandar. - UTUSAN ONLINE