Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebanyak 302 program dilaksanakan di seluruh negara secara berperingkat sejak ia mula dilaksanakan pada 2009.

“Di Pahang, sehingga kini sebanyak 29 siri SKSJ dijalankan yang mana seramai 14,444 calon berjaya mendapat lesen.

“Hari ini, seramai 463 calon telah mengikuti kursus pemanduan, latihan dan menduduki ujian yang dikendalikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lulus dan layak memperoleh lesen memandu kelas B2 motosikal,” katanya ketika berucap pada Program SKSJ Bentong 2017 di Dewan Arena Kompleks Sukan Benus di sini, hari ini.

Yang hadir sama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Mohammad Shahid Ismail. - UTUSAN ONLINE