Melalui Projek Pemajuan Kawasan (PPK) sini yang dijangka mula dilaksanakan pada bulan Ramadan, melibatkan 130 unit kediaman buat mereka di tapak seluas 7.9 hektar dengan kos RM20 juta dan turut dilengkapi surau, tadika dan empat unit premis perkedaian.

Upacara pecah tanah projek itu disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam sebagai mewakili Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Majlis yang turut dihadiri  Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail itu turut membawakan kegembiraan kepada seramai 73 penduduk dalam wilayah Ketengah yang menerima geran tanah yang dipohon oleh mereka.

Menurut Din, PPK di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang dilaksana melalui Ketengah akan menyediakan rumah berharga RM60,000 berkeluasan 660 kaki persegi selain dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Din berkata,  tender akandiserahkan kepada kontraktor yang layak tidak lama lagi.

"Buat permulaan rumah ini yang akan mencorak suasana kehidupan lebih selesa akan diberi peluang kepada rakyat miskin yang layak sebelum dipertimbangkan untuk pemilikan sepenuhnya.

"Bagi tujuan itu satu jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi menilai mereka yang benar-benar layak mendiami rumah PPK ini," jelas beliau. - UTUSAN ONLINE