Sebanyak dua buah sekolah di tujuh daerah di negeri ini dan tiga sekolah di daerah Jelebu telah dipilih untuk menerima sumbangan berkenaan.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan dalam majlis ringkas di pejabat beliau di Wisma Negeri dekat sini.

Veerapan berkata, kerajaan negeri menghargai sumbangan berkenaan oleh syarikat swasta dan berharap lebih banyak pihak tampil melakukan tindakan yang sama bagi membantu usaha menangani kes HFMD di negeri ini.

"Secara keseluruhannya, wabak itu masih terkawal di negeri ini dan kerajaan negeri memantau perkembangan itu dengan teliti.

"Kes penyakit itu menurun sebanyak 91 peratus untuk minggu ke-41 tahun ini yang berakhir semalam dengan hanya satu kes dilaporkan berbanding 12 kes bagi minggu ke-40," katanya.

Beliau berkata, sejak awal tahun ini hingga Sabtu lalu, sebanyak 2,666 kes HFMD dilaporkan di negeri ini berbanding 733 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu, peningkatan sebanyak 263 peratus. - UTUSAN ONLINE