Mereka termasuk Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar dan Siti Nadhirah Mohd. Shafie masing-masing mewakili Malaysia, Moukhtar Sylla (Senegal), Kolim Siddique (Bangladesh), Ibrahim Mohammad Irfan Ibrahim (Mozambique) dan Robiya Najmiddinova mewakili Uzbekistan.

MTHQA yang berakhir pada 12 Mei depan disertai 90 peserta dari 87 negara. Penyertaan penganjuran kali ini adalah paling tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Johan bagi qari dan qariah untuk kategori tilawah akan membawa pulang kepingan emas bernilai RM70,000, piala iringan dan wang tunai RM40,000.

Johan bagi hafiz dan hafizah pula akan menerima kepingan emas bernilai RM50,000 tajaan , wang tunai bernilai RM25,000 dan piala iringan. - UTUSAN ONLINE